Mohd Atlas Followers

Thursday 29 November 2012

Dari Pena Mohd Atlas..


Ni tempat Mohd Atlas dgn Zul 2 By 2 bertapa..carik ideaaaa


Soul Stirring hahahaa..


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Dalam pic ni laki yg baju itam belah kiri tu lagi la Jiwa Kacau hahaha (Soul Stirring) 

Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau


Sofazr The Movie Jiwa Kacau - Hari pertama show kat wayang


Mohd Atlas - Dalam Studio Global Record untuk sesi Percussion Recording


Mohd Atlas dan Global Record family


Wednesday 24 October 2012

Mohd Atlas satu masa dulu..

Mohd Atlas..
bermula dengan minat sukan bola sepak..bukan setakat minat..siap jadi player team lagi tu..
atas minat sukan bolasepak Mohd Atlas pnh menjadi Pengurus & Penaja kpd Sarawak dan PDRM..
juga pernah menjadi penaja kepada Selangor & Terengganu dulu..Ganu Kite Weh!



Mohd Atlas? macam artis la..

Insan Versatile..
minat muzik dari usia muda..time tu hobi je..
skrg dah reality hehe..


Mohd Atlas satu ketika dulu..

bermula dari seorang Captain..
kepada seorang ahli perniagaan terkenal..
terus melebar sayap ke bidang seni..
insan yang bergelar "MOHD ATLAS"



Monday 24 September 2012

Sunday 23 September 2012

Tomok - Lagu Terbaru

Terbaru daripada Tomok..
Nukilan Karya Mohd Atlas..nantikan kemunculan lagu ini

Thursday 6 September 2012

Hatiku bukan untuk kau curi - Isma AF7

sentuhan pena Mohd Atlas..khas untuk peminat ISMA AF7

Tidur Malam Tak Lena

TIDUR MALAM TAK LENA
LAGU & LIRIK: MOHD ATLAS
ARTIS: ISMALIZA
 ALBUM: BICARA TENTANG CINTA

Tadi malam aku tak bias lena
Mengenangkan dirimu jauh di sana
Mengapakah rindu ini tak terkawal
Hanya terbayangkan wajahmu sayang

Apakah sebenarnya
Yang ku risaukan
Hingga dirimu hanya terbayang wajahmu
Apakah ertinya keresahan yang ku alami
Hingga diriku tak tertahan merindu kamu

Aduhai sayang segeralah
Kembali padaku yang merindu kamu..

Tadi malam aku tak bias lena
Mengenangkan dirimu jauh di sana..

Kanda Ku Mahathir

KANDAKU MAHATHIR
LAGU & LIRIK: MOHD ATLAS
ARTIS: ISMALIZA
ALBUM: BICARA TENTANG CINTA


Kanda bertakhta di hati
Pahlawanku dulu dan kini
Dinda kembaran nyawamu
Setiaku selalu bersama…

Engkaulah laksamana pertiwi
Juga khalifah istana cintaku
Pejuang bangsa pendamai sengketa
Rela diriku di tinggal-tinggalkan

C/0

jika kau riang aku tertawa
andai kau sedih aku menangis
itulah sumpah setia dinda
padamu kanda pahlawan bangsa

kanda bertakhta di hati
pahlawanku dulu dan kini…..

Hati ku Bukan Untuk Kau Curi

HATIKU BUKAN UNTUK KAU CURI
LAGU&LIRIK: MOHD ATLAS
ARTIS: ISMALIZA
ALBUM: BICARA TENTANG CINTA

Inginku bertanya
Adakah kau ingat
Dengan kenangan
Kisah kita bersama
Yang sentiasa tersemat
Di dalam diriku
Satu kisah abadi
Tak dapat ku lupakan

Chorus
Hatiku bukan untuk kau curi
Jiwa ku hanya untuk diriku
Usah kau cuba memperdayakan
Dengan senyuman lirikan palsumu

Ulang Chorus
Baru kini ku tahu
Setelah ku sedari
Siapalah aku di hatimu

Ulang Chorus 2x

Hatiku bukan untuk kau curi
Jiwaku hanya untuk diriku
Bukan untuk kau curi
Lirikan palsumu

Aku Bukan Pilihan Mu

AKU BUKAN PILIHANMU
LAGU & LIRIK: MOHD ATLAS
ARTIS: ISMALIZA
ALBUM: BICARA TENTANG CINTA


Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai
Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Chorus
Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Ulang Chorus
Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu

Biarkan Berlalu

BIARKAN BERLALU
LAGU & LIRIK: MOHD ATLAS
ARTIS: ISMALIZA
ALBUM: BICARA TENTANG CINTA

benarlah apa yang kurasa
mesramu semakin hilang
diriku terus tertanya
apakah erti cinta kita.....

sudiku kini makin kelam..
hatiku juga kian dingin
kerna ku rasa nilai cintamu
tak ku miliki sepenuhnya..
ku pasti kau akan menduakan cintaku.....

c/o
ku biarkan pergi berlalu
bersama cinta itu
dengan hatiku yang rela..
aku pasti kenangan cinta kita
sentiasa bersamamu
untuk selama-lamanya...

mengapa perlu ada cinta
di antara kita berdua
nyatalah aku di bedakan
antara yang terpilih
apakah tertulis jawapannya....

Kahwin Hutang

Kahwin Hutang
Lagu & lirik: Mohd Atlas
Artis: Zul 2 by 2
Album: Bicara Tentang Cinta

Jalan-jalan cari tenang jiwa runsing sudah berlalu
Hutang piutang aku selesai
Yang tinggal hanya poket kosong

Tadi aku hubungi pacar aku
Bilang aku sudah bebas hutang
Tapi dia pula minta dipinang
Dgn hantaran serba satu

#Alalah mama tlglah aku
Puteramu ini akan berhutang lagi
Alalah mama tolonglah aku
Carikan aku janda pun tak apa

##Ku cuba melayan jiwaku-jiwaku mencari Ketenangan yg tak pasti
ooooo...

Tapi hatiku ingin memiliki
Malangnya poketku kosong
Hutang sana, hutang sini
Aku nak juga kahwin hutang..

#Ulang 2x

Wajah Mu

Wajahmu
Lagu & lirik: MohdAtlas
Artis: Zul 2 by 2
Album: Bicara Tentang Cinta

Makin dekat tapi jauh
Makin jauh tapi dekat
Hati ini bersamamu
Begitulah sentiasa bersamamu

#Walaupun masa yg telah berlalu
Tak terasa semakin menjauh
Walaupun aku tidak ditakdirkan
Bersamamu oh bersamamu

Wajahmu masih dihatiku
Dirimu pengubat rindu
Engkau insan biasa
Bagiku kau istimewa buatku

ooooo.... (oooo buatku 2x)

Wajahmu dihatiku

oooo....

#ulang






Aku Tak Mengerti

Aku Tak Mengerti
Lagu & Lirik: Mohd Atlas
Artis: Zul 2 by 2
Album: Bicara Tentang Cinta



Aku tak mengerti
Mengapa harus ada diantara kita
Cinta suci ini diperduakan

Itu membayangi hebatnya dugaan darinya
Harus ku hadapi dgn hati ku ini, tercalar

#Tapi apakan daya, diriku tak kau hargai
Namun aku menyayangi mu
Dulu kini dan selamanya
Walaupun dgn serpihan cinta
Hatiku ttp bersemi

Biarpun bukan satu paksaan
Kerna cintaku hanya utkmu
Usah kau meragui janjiku
Aku tetap setia padamu

oooooo...
# ulang

Tuesday 4 September 2012

JIWA KACAU IN THE HOUSE!!!!

Kepada peminat2 Sofazr..jomzzz kita layan movie..gegarkan panggung..gamatkan rhythm komedi jiwa..
jommmzzz!!! ku tunggu kalian disanaaaaaaa!!


Kenangan Di Tanah Suci

Kenangan Ketika Menunaikan Tuntutan Rukun Islam..Aku Menyerah Diri Kepada Mu Ya Allah..


Monday 16 July 2012

Dua Cinta Bersatu - Adira

Karya terbaru daripada Mohd Atlas..genre Etnik Kreatif..
disampaikan oleh Adira..
nantikan kemunculan Full Song "Dua Cinta Bersatu"..

Saida AF - Cinta Kayangan

sebuah karya terbaru Mohd Atlas yg dinyanyikan oleh Saida AF dgn kerjasama Siti Nurhaliza Production bersama Global Record..khas buat peminat..
nantikan kemunculannya

Wednesday 11 July 2012

Biarkan Berlalu - Isma AF7

Terbaru dari Isma AF7..
karya Mohd Atlas..

Amit Amit Jabang Bayik - Herman Tino

karya terbaru Mohd Atlas yang dinyanyikan oleh Herman Tino..
bkn saje berbakat menulis dan mencipta lagu kontemporari..malah berbakat dalam lagu Etnik..
khas buat peminat karya Mohd Atlas..

Friday 6 July 2012

HAFIZ AF - SATU CERITA

Hafiz AF antara penyanyi sedang meningkat yg jadi pilihan Mohd Atlas utk jiwai karya terbaru yg bertajuk 'Satu Cerita"..

Lagu & lirik sepenuhnya oleh Mohd Atlas yg sdg dalam proses rakaman di studio..

To all followers..nantikan video pembikinan rakaman..steaddddyyyyyy

TOMOK - BINTANG

sebuah karya terbaru Mohd Atlas yang sedang dalam proses rakaman oleh Tomok..lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Mohd Atlas..nantikan karya terbaru ini yg bertajuk "Bintang"

Monday 2 July 2012

Aku Bukan Pilihanmu - Lirik

Aku Bukan Pilihanmu - Isma AF7

Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai

Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Korus

Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Ulang Korus

Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu


Thursday 21 June 2012

Dewi Cinta - Lirik

DEWI CINTA - ADIRA

Apa yang perlu ku lakukan

Untuk menyatakan padamu

Yang Cinta ini adalah tanpa batasan

Percayalah yang diri ini

Hanyalah untuk bersama mu

Kemana pun jua  

Andai  hayat bersama ku  

Verse:-

Maaflah  wahai  sayang

Andai dirimu terasa

Diriku yang jauh

Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah  wahai  sayang

Andai dirimu terasa

Ohh...Ohhh

Diriku yang jauh

Tapi percayalah aku tetap dekat 

Chorus:-

Wahai dewi dewi cinta

Kata kanlah pada  dia

Yang diri ku ini adalah ratu cinta

Yang sangat menyayangi mu

Ohh...Ohhh

Maaflah  wahai  sayang

Andai dirimu terasa

Diriku yang jauh

Tapi percayalah aku tetap dekat 

Maaflah  wahai  sayang

Andai dirimu terasa

Diriku yang jauh

Tapi percayalah aku tetap dekat

Tapi percayalah aku tetap dekat

Monday 18 June 2012

Thursday 7 June 2012

Terima Kasih dan Penghargaan dari Hati

Salam sahabat2 yang sudi menjengah dan menjadi "follower" kepada blog 'Mohd Atlas', saya amat berbesar hati dengan sambutan dari anda semua..setinggi penghargaan diucapkan..terus menerus menyokong dan mengikuti karya dari saya untuk memeriahkan lagi industri hiburan tanahair kita.

Mohd Atlas.

Friday 1 June 2012

Logo Mohd Atlas

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada sahabat-sahabat yang mengikuti Blog Mohd Atlas, disini saya meminta pandangan sahabat sekalian untuk memilih design yang sesuai dan kelihatan menarik untuk dijadikan logo "Mohd Atlas"..diharap sumbangan idea sahabat sekalian dapat bersama menyumbang inspirasi kepada cetusan dan ilham "Mohd Atlas"